Pada tahun 2011, amat bertuah kerana rakyat Malaysia dapat bertemu 3 pasukan bola sepak berkelas dunia. Di mana Malaysia dipilih sebagai destinasi Pre-season untuk pasukan Arsenal, Liverpool dan Chelsea FC. Saya bertuah menjadi rakyat Malaysia yang dapat melihat pasukan handalan dunia ini ingin menguji pasukan Malaysia FC. Keputusan Malaysia (0) VS (4) Arsenal, Malaysia (3) VS (6) Liverpool. Sekali pun kalah, diharap pasukan Malaysia dapat mengambil iktibar, dan pengajaran dan membaiki apa yg perlu untuk meningkatkan prestasi terbaik pasukan negara di masa kan datang. Pertemuan terakhir Malaysia VS Chelsea diharap dapat memberikan sesuatu yg terbaik buat penyokong HARIMAU MALAYA NGAUMMMMMMMMMMMM!!!
Mc Donald Meal
Salam,
Siapa yang tidak kenal dengan perkataan ‘McDonald’ di Malaysia. Sebuah restoran yang boleh dikatakan popular di kalangan rakyat Malaysia bahkan dunia. Kepada penggemar mknnnya termasuk diri saya, ianya merupakan restoran fastfood yang mungkin mempunyai keburukan dan kebaikannya tersendiri. Minggu ni sahaja saya telah dijamu lunch meal sebanyak 4 kali, iaitu bermula hari isnin, selasa, rabu dan sabtu semalam. Pergh.. nampak gayanya saya akan cuba mengurangkannya sebaik mungkin.. Jikalau harga McD ni murah lagi kan bagus.. hehe
Kereta ku.. :)
Pada 18 March 2011 bersamaan hari Jumaat, secara rasminya aku memegang kunci kereta Produa Alza millikku yg setelah sekian lama menunggu sejak kenangan hitam melanda diri setahun lepas (2010) apabila duit downpayment sebanyak RM9K dilarikan salesman produa. Dah pergi menuntut keadilan di Tribunal Pengguna Malaysia (TTPM) untuk menuntut kembali hak ke atas PRODUA kerana kecuaian pengurusan produa memantau pekerjanya, namun seperti lumrah dunia, yg besar, yg kaya, yg berpengaruh akan menang di dunia, keadilan tidak memihak kepada ku. Lebih memeritkan hakim sekadar berkata ini kecuaian diri sendiri.. sedih dan pilu. tapi xpe, Allah akan menbalasnya di akhirat nanti.
Hari ni aku rs bersyukur sgt2 dan sujud syukur kerana dapat juga memiliki kereta tersebut.. Tiada apa yg aku nak ucapkan hanyalah Alhamdulillah…
Bagai terasa sebak dan terharu juga apabila buat pertama kali START kereta tersebut..hehe Gambar2nya seperti di bawah ini..hehe
Malaysia VS Indonesia
Salam sejahtera,
Lama juga tidak update blog ini. Mungkin di sebabkan terlalu busy dengan urusan dunia.. Tapi nak buat macam mana, urusan dunia juga perlu di layan di samping persiapan di akhirat.
Kali ini, bob ingin memfokuskan perhatian kepada perlawanan akhir Piala AFF Suzuki di antara MALAYSIA dan INDONESIA. Pertama sekali, syabas diucapkan kepada pasukan bolasepak Malaysia kerana berjaya melangkah ke peringkat Akhir selepas mengharungi ujian getir dalam persaingan kejohanan peringkat antarabangsa.
Lawan Malaysia, Indonesia, bukan calang – calang pasukan yang perlu di tempuh. Dengan kekuatan pemain bertenaga kan luar negara, ‘Gonzalez’, secara tidak langsung dapat memperkucar-kacirkan barisan pertahanan Malaysia. Dengan sejarah pertembungan kedua-kedua pasukan diperingkat kumpulan, Malaysia membolosi 5 gol oleh Indonesia yang rata-rata bersemangat berkobar2 di samping ribuan penyokong di Stadium Bung Karno. Namun, itu hanya sejarah. Bob percaya, pasukan Malaysia juga tidak kurang hebatnya. Walaupun tidak di barisi pemain import, namun bob percaya, berkat kesungguhan dan fokus pemain-pemain serta disiplin dan mentaliti yg tinggi dapat menumpaskan pasukan Indonesia. Semuanya boleh terjadi dalam bola sepak.
Apa-apa pun, belajarlah dari kesilapan. Buka kan satu harapan buat rakyat Malaysia yg kini mahu melihat maruah pasukan negara di persada antarabangsa selepas tercalar beberapa tahun ini. Kita dulu gah, di peringkat antarabangsa. Semua pemain bolasepak, sama sahaja, mereka juga ada 2 tangan, 2 kaki, tenaga, kepala, cume membezakan, sejauh mana kita pergunakan kesemuanya dengan baik dan cantik untuk mewujudkan sebuah permainan yang mantap. Roberto Carlos, tidak mempunyai fizikal yang mantap seperti pemain Eropah, namun, sepakannya menjadi takutan setiap penjaga gol. Jika ini mampu dijadikan pedoman, tidak mustahil, pemain Malaysia juga mampu menguasainya..
Teruskan usaha MALAYSIA!! MALAYSIA BOLEH!! GO! GO! GO !
Hari MENGEMAS..
Hari ini aku plan untuk membersihkan bilik ofis aku bekerja.. dengan bantuan Imam dan Rahman, aku membersihkan bilik dengan mengemas peralatan komputer, cd2, laptop2, dan desktop2, bagi mengelakkan dari anasir2 hidupan hidup di dalam bilik ini seperti cenegkerik, lipas ( gelinyee ) dan cicak.. hahaha
setelah operasi pembersihan di lakukan, maka tersebutlah al kisahnya, semua berkaitan IT telah tersusun rapi dengan jayanya.. maka dengan yg demikian, hasilnya terciptalah sebuah bilik yg berseri2, licin dan berkilat.. haha
barangan yg dulunya tertonggang langgang, kita tersusun rapi.. lihatlah hasil seperti di bawah ini :-
Percutian ke Pulau Pangkor
Pada tanggal 25 Disember 2009, satu percutian sekeluarga telah diadakan bagi merehatkan minda dan otot-otot sendi setelah bekerja keras untuk memastikan majlis perkahwinan abang ke-2 berjalan dengan lancar dan jayanya. Destinasi yang di pilih ialah Pulau Pangkor, Perak Darul Ridzuan.
Perjalanan dari rumah mengambil masa 3 jam melalui jalan Klang-Teluk INtan. Jalan ini telah sedia di baik pulih dan kini mempunyai 3 lorong jalan yang lebar dan cantik. Jalan ini bukan sahaja menjalan alternatif untuk ke Perak, malah ia juga boleh menembusi sehingga ke Pulau Pinang. Hujan mengiringi sepanjang perjalanan. Sepanjang perjalanan perlbagai peristiwa berlaku seperti kejadian kemalangan yang melibatkan motor berkuasa tinggi dgn sebuah kereta iswara di mana motor hancur dan kereta terbelah dua. Agak ngeri kemalangan tersebut.
Kami sampai di Lumut jam 8 mlm dan terus membuat booking di sebuah hotel mengadap laut yang berada di jeti Lumut menuju Pulau Pnagkor. Pada mulanya mahu menetap dan booking hotel di Pulau Pangkor, akan tetapi, oleh kerana hari tersebut merupakan hari hujung minggu dan hari menyabut krismas dan tahun baru, hotel2 dan chalet2 semunya penuh.
Mlm tersebut kami makan di sebuah kedai mamak berdekatan dengan hotel. Harga agak murah juga. hehe.. selepas itu kami pun berjalan2 di sekitar Jeti Lumut. Pada masa sama, ade pula karnival beli belah Malaysia dan agak muarah juga barangan yang dijual. Akan tetapi barang yang dijual cume murah pada peralatan elektronik, tetapi pakaian, tudung, baju sama mcm di KL dan agak mahal juga.
Keesokan pagi, jam 10 pg, kami bertolak menaiki feri ke pulau pangkor. Tiket berharga RM10 pergi dan balik agak berbaloi juga apabila feri yang di sediakan berhawa dingin dan sejuk. Feri membelah lautan selat Lumut dan dengan panorama indah melihat markas TLDM Lumut yang mempunyai kapal perang nya yang tersendiri. Turut dilihat kapal TLDM yang baru sahaja terbakar pada tahun lepas. Masa perjalanan mengambil masa 25 minit ke Jeti Pulau Pangkor.
Sebaik tiba di jeti, kami menyewa sebuah van dgn seorg pemandu yang membawa kami menjelajah keseluruh tempat menarik di Pualu Pangkor.Kos yang diperlukan RM80 utk sehari. Antara tempat yang dilawati ialah Kota Belanda, Kilang Satay Ikan,GreatWall, dan paling best Pantai Teluk Nipah. Di pantai bob telah bermain kayak, Jetski dan mandi manda di tepi laut. Agak best juga sebab cuaca tidak begitu panas, dan redup.
Kami berada disini selama 3 hari 2 mlm dan kami juga melawat Teluk BATIK dan tempat – tempat menarik di sekitarnya.
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan :)
Jumaat, 21 Ogos 2009 : Pada hari khamis tanggal 20 Ogos 2009, maka dengan rasminya diumumkan tarikh bermula puasa ialah pada hari Sabtu, 22 Ogos 2009. Syukur Alhamdulillah, dapat bertemu lagi ramadhan kali ini. Bob berharap dapat beribadah di bulan puasa ini sehingga akhir bulannya. Moga, umur bob dipanjangkan bagi merebut segala peluang yang ada untuk beramal di bulan yang penuh barakah dan suci ini.Maka dengan ini, bob mengingatkan diri bob dan rakan2, marilah kita merebut segala peluang yang ada ini dengan membuat amal ma’ruf dan nahi mungkar..
Sempena bulan ramadhan ini, bob ingin mengingatkan diri bob mengenai niat2 penting di bulan puasa.
1. NIAT BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

2. NIAT KETIKA BERBUKA PUASA

3. NIAT SELEPAS BERBUKA PUASA

Mudah-mudahan artikel ni dapat membantu sedikit sebanyak bob dan anda semua..
SELAMAT BERPUASA dan MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK.
Karnival IKIM.FM
Sabtu, 08 Ogos 09 : Sepasukan staff dari pelbagai jabatan telah mewakili syarikat ke karnival IKIM.fm. Karnival tersebut bagi menyambut ulangtahun ke-8 pengoperasian siaran radio tersebut. Bob mewakili jabatan IT ditugaskan sebagai menyediakan persediaan berkaitan audio dan visual seperti laptop, projektor dan speaker. Turut dibawa alatan seperti Celcom wireless broadband untuk memberikan akses internet bagi membolehkan pengunjung mengetahui maklumat mengenai syarikat secara live dan mendalam. Turut sama dalam pasukan ini, ialah ust Jamal, En. Shahnazim, En Kamal, Imam Ahmad dan AbdulRahman. Tidak dilupakan juga, pensyarah juga turut hadir iaitu Encik Kuhiri dan Dr. Adil. Setiap staff yang mewakili syarikat memberikan komitmen terbaik dan sikap bekerjasama sesama pasukan amat membanggakan.
Ramai artis Nasyid terlibat dalam menjayakan karnival ini. Antaranya, kumpulan Mirwana, Raihan, Now see Heart, Saujana, Muslim Voice, Haikal dan ramai lagi. Ramai juga bertanya berkenaan syarikat dan tidak dinafikan ada yang pertama kali mendengar mengenai syarikat ini. Ini lah tujuannya pameran ini diadakan. DJ siaran radio tersebut juga ada mengunjungi pameran syarikat seperti Ust Irwan dan Dj. Mona yang terkenal dengan kefasihan Bahasa Arabnya. Bangga dapat bertemu secara live dengan mereka semua.
Mudah2an, dengan langkah bagus sebegini dapat memperkenalkan lagi universiti secara umum. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Mudah – mudahan hasil titik peluh kita dapat sedikit sebanyak membantu memperkenalkan syarikat kepada umum.
Berikut ada sedikit gambar kenang2an sepanjang karnival tersebut.

Kenangan bersama di Karnival IKIM.FM 2009

Very good!!

Turut membantu menyebarkan Flyers kepada pengunjung yang hadir.
Memancing dan Orang Asli
Salam semua, hari ni bob nak citer cikit pengalaman. Bulan lepas, Bob ada pergi memancing di laut bersama kawan dengan menaiki bot. Kami menaiki bot dengan bantuan pak cik asri yang full time nye bekerja sebagai nelayan. Bob selalu juga menghabiskan masa dengan memancing. Kadang2 seorang, kadang berkumpulan bersama kaki2 pancing. Klau pergi seorang selalunya tak ke laut, tapi tepi tanjung atau sungai. Yang menarik nye bob suka memancing di laut dalam. Pergghh.. mula2 dulu ke laut, ade la jugak banyak kali kene mabuk laut. Dengan bantuan orang berpengalaman, ada petua untuk mengelakkan daripada mabuk laut.
Jika memancing dari tepi laut saiz ikan yang selalu dapat adalah kecil, dan selalunya dapat ikan gelama, kerapu, todak dan sembilang. Akan tetapi, jika memancing di tengah lautan, peluang untuk mendapatkan ikan bersaiz besar amat besar. Bob suka memancing di lautan dalam sebab nak memburu ikan pari2. Bob bertuah hari tu sebab dapat ikan pari seberat 12KG. Ketika memancing ikan pari tu, paling susah ialah untuk mendaratkan pari itu di atas bot. Ikan pari ikan paling susah nak dinaikkan. Hampir 1 jam setengah bob naikkan ikan apri tersebut dan batang joran membengkok hampir menjadi 60 darjah.
Kegembiraan dirasakan apabila pari tersebut dinaikkan. So, kami pun singgah di sebuah pulau yang mempunyai perkampungan orang asli. Di situ kami meminta izin dari tok batin untuk memanggang ikan2 yang telah kami tangkap. Yela takut jugak kalau mereka marah ke ape ke..Bob memanggang pari itu BBQ. Nak goreng tak cukup bahan lak..sekalipun tak sedap, tapi boleh la..ade rasa jugak..hehe.. selebihnya bawak balik umah suruh mak masak asam pedas.. perghhh.. fevret tuuu..
Bob sempat bergambar dengan adik2 anak orang asli ini. Pertama kali mendekati kanak2 ni, rasa kekok jugak sebab diorang pandang kita pun macam nak makan orang..hehe so, bob memberanikan diri dengan memberi keropok dan kacang kepada mereka ni. berebut2 kanak2 ni dapatkan keropok2 tu dari bob. Bila makan bersama, mereka ni sebenarnya mesra dan peramah. cume mereka ni mungkin jarang bertemu orang luar dan hensem mcm bob ni,.,hehe.. pada mulanya mereka takut dan lari, dan tak dinafikan ada yang sampai memanjat pokok.Pelik tapi benar. Mereka faham bahasa Melayu, tapi tak faham sangat.. kene cakap dengan bahasa isyarat..
Itulah, warna warni kehidupan di Malaysia yang berbilang kaum..Dibawah ni ada gambar kenang2 kenangan dengan mereka..
-BOB-

Bergambar dengan kanak2 Asli

Peace..Asli

Tengah makan keropok beramai2

Bekas Tapak Tempat Perkahwinan Orang Asli
Ujian vs Pengajaran
Isnin – 27 Julai 2009 : Pada hari ini bob tidak dapat melelapkan mata dengan tenang disamping tidak dapat tidur dengan lena. Ini adalah kerana memikirkan kejadian2 yang telah menimpa diri bob. Kejadian ini mungkin membuatkan bob berputus asa. Bob terasa ini benar2 cabaran yang perlu ditempuhi.
Dalam keseorangan, bob meratapi ‘adakah ini sebagai ujian terhadap diri bob’ atau mungkin ini sebagai balasan atas apa kesalahan yang bob lakukan. Bob terfikir, apakah kesalahan bob sehingga menempuhi kejadian – kejadian seperti ini. macam -macam perkara berlaku terhadap bob beberapa bulan sebelum ni. Bermula dengan accident, rumah kene masuk perompak, banjir di ladang, kene serangan beruk dan monyet sehingga merosakkan tanaman, dan baru – baru ini kejadian khianat yang merosakkan projek tanaman bob. manakala semalam, ade pula orang mencuri site mirror motor bob yang baru sahaja ditukar hari sabtu lepas.. alahaiii.. ape la nasib..
Mungkin ini satu petanda, dan mungkin satu ujian buat diri bob.. wahai bob, bersabarlah.. Allah sentiasa bersama orang2 yang sabar..
-BOB-













