RSS

Percutian ke Pulau Pangkor

20 Jan

Pada tanggal 25 Disember 2009, satu percutian sekeluarga telah diadakan bagi merehatkan minda dan otot-otot sendi setelah bekerja keras untuk memastikan majlis perkahwinan abang ke-2 berjalan dengan lancar dan jayanya. Destinasi yang di pilih ialah Pulau Pangkor, Perak Darul Ridzuan.

Perjalanan dari rumah mengambil masa 3 jam melalui jalan Klang-Teluk INtan. Jalan ini telah sedia di baik pulih dan kini mempunyai 3 lorong jalan yang lebar dan cantik. Jalan ini bukan sahaja menjalan alternatif untuk ke Perak, malah ia juga boleh menembusi sehingga ke Pulau Pinang. Hujan mengiringi sepanjang perjalanan. Sepanjang perjalanan perlbagai peristiwa berlaku seperti kejadian kemalangan yang melibatkan motor berkuasa tinggi dgn sebuah kereta iswara di mana motor hancur dan kereta terbelah dua. Agak ngeri kemalangan tersebut.

Kami sampai di Lumut jam 8 mlm dan terus membuat booking di sebuah hotel mengadap laut yang berada di jeti Lumut menuju Pulau Pnagkor. Pada mulanya mahu menetap dan booking hotel di Pulau Pangkor, akan tetapi, oleh kerana hari tersebut merupakan hari hujung minggu dan hari menyabut krismas dan tahun baru, hotel2 dan chalet2 semunya penuh.

Mlm tersebut kami makan di sebuah kedai mamak berdekatan dengan hotel. Harga agak murah juga. hehe.. selepas itu kami pun berjalan2 di sekitar Jeti Lumut. Pada masa sama, ade pula karnival beli belah Malaysia dan agak muarah juga barangan yang dijual. Akan tetapi barang yang dijual cume murah pada peralatan elektronik, tetapi pakaian, tudung, baju sama mcm di KL dan agak mahal juga.

Keesokan pagi, jam 10 pg, kami bertolak menaiki feri ke pulau pangkor. Tiket berharga RM10 pergi dan balik agak berbaloi juga apabila feri yang di sediakan berhawa dingin dan sejuk. Feri membelah lautan selat Lumut dan dengan panorama indah melihat markas TLDM Lumut yang mempunyai kapal perang nya yang tersendiri. Turut dilihat kapal TLDM yang baru sahaja terbakar pada tahun lepas. Masa perjalanan mengambil masa 25 minit ke Jeti Pulau Pangkor.

Sebaik tiba di jeti, kami menyewa sebuah van dgn seorg pemandu yang membawa kami menjelajah keseluruh tempat menarik di Pualu Pangkor.Kos yang diperlukan RM80 utk sehari. Antara tempat yang dilawati ialah Kota Belanda, Kilang Satay Ikan,GreatWall, dan paling best Pantai Teluk Nipah. Di pantai bob telah bermain kayak, Jetski dan mandi manda di tepi laut. Agak best juga sebab cuaca tidak begitu panas, dan redup.

Kami berada disini selama 3 hari 2 mlm dan kami juga melawat Teluk BATIK dan tempat – tempat menarik di sekitarnya.


Pemandangan di Jeti Lumut


Bergambar di Kota Belanda

 
9 Comments

Posted by on January 20, 2010 in Uncategorized

 

9 responses to “Percutian ke Pulau Pangkor

  1. far

    March 5, 2010 at 8:05 am

    saya far planning nk bercuti di pangkor. Bole gitau chalet kat pantai mana yg paling best n kat mana leh dapatkan perkhidmatan van yg leh bawa berjalan2 di pangkor?

     
  2. bobcute

    March 18, 2010 at 1:10 am

    ok, kat Pulau Pangkor banyak pantai. Kesemuanya telah saya pergi, akan tetapi, yang terbaik ialah di Pantai Teluk Nipah.Kerana Pantainya yang luas dan cetek sesuai untuk tujuan scuba dan snorkling. juga sesuai untuk berkayak. ketika air surut, anda boleh berjalan di dasar laut. dan kutip2 aneka siput dan lain2.

    Apabila sampai di Jeti Lumut, dan menaiki feri menuju ke Pulau Pangkor, setibanya anda di situ, banyak van yang menawarkan perkhidmatan seterusnya membawa anda ke tempat2 menarik di sekitar pulau pangkor.kos untuk van sekali bayar cume rm60 sahaja. jangan risau hal pemandu kerana sudah ade org yang membawa anda ke mana2. antara destinasi yang dituju ialah kilang satay ikan, kota belanda dan tempat menarik yg lain.

     
  3. fara

    August 7, 2010 at 5:57 pm

    hye .. just nak tanye bout holiday kat pulau pangkor …
    sy cdg nak g picnik kt pulau pangkor bersama clasmates 4 very first time ..
    almaklum kami smua baru 19tahun takde pengalaman.. so na mencuba sumting spt holiday..
    rase2 ,if picnik kat sana 3hari 2malam bersama perbelanjaan tok 1 kepala ye?
    termasuk aktiviti , lunch , dinner ..
    tq :)

     
    • bobcute

      October 20, 2010 at 3:54 pm

      maaf sekiranya terlambat membalas msg ini. bg pendapat saya percutian ke pulau pangkor untuk 3 hari 2 mlm hanya mengambil kos keperluan seperti mkn minum, tmpt tinggal, transport cume RM 50 sehari. jika mahu pergi 4 org, klu di share rm100 seorg sudah cukup tampung kos keperluan. lain2 kos seperti kos shoping, scuba dll tidak termasuk. hihi

       
  4. momo

    November 11, 2010 at 3:25 pm

    salam..
    sy planning nk g holiday kat pangkor
    so… sbb kn ini yg julung kali ny
    sy nk tnye kat ne tmpat yg paling best skali kat pangkor ni
    kire ny sume de la…
    n penginapan yg berbaloi
    klu de yg murah ke ckup utk smlm 2 cmtu?

     
  5. sis

    December 23, 2010 at 6:34 am

    askum….sy 1st tim nk travel di pgkor.blh bg cdngan x resort mn yg best m’adap pantai dlm 3 star yg blh mnggalkan memory yg indah bg sy.may sy p dgn frez opis dlm 4 org…..idea plzzz :).tq

     
  6. sunna

    January 10, 2011 at 2:55 pm

    nice info.. taun ni nk g pangkor, info ni bgus tp cam ade kurang laa..

     
  7. effarina

    August 15, 2011 at 12:35 pm

    nk tnya hrga tiket tok feri ke pangkor bpe ea?dan bpe hrga pnginapan di sna?

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: