Salam sejahtera,
Lama juga tidak update blog ini. Mungkin di sebabkan terlalu busy dengan urusan dunia.. Tapi nak buat macam mana, urusan dunia juga perlu di layan di samping persiapan di akhirat.
Kali ini, bob ingin memfokuskan perhatian kepada perlawanan akhir Piala AFF Suzuki di antara MALAYSIA dan INDONESIA. Pertama sekali, syabas diucapkan kepada pasukan bolasepak Malaysia kerana berjaya melangkah ke peringkat Akhir selepas mengharungi ujian getir dalam persaingan kejohanan peringkat antarabangsa.
Lawan Malaysia, Indonesia, bukan calang – calang pasukan yang perlu di tempuh. Dengan kekuatan pemain bertenaga kan luar negara, ‘Gonzalez’, secara tidak langsung dapat memperkucar-kacirkan barisan pertahanan Malaysia. Dengan sejarah pertembungan kedua-kedua pasukan diperingkat kumpulan, Malaysia membolosi 5 gol oleh Indonesia yang rata-rata bersemangat berkobar2 di samping ribuan penyokong di Stadium Bung Karno. Namun, itu hanya sejarah. Bob percaya, pasukan Malaysia juga tidak kurang hebatnya. Walaupun tidak di barisi pemain import, namun bob percaya, berkat kesungguhan dan fokus pemain-pemain serta disiplin dan mentaliti yg tinggi dapat menumpaskan pasukan Indonesia. Semuanya boleh terjadi dalam bola sepak.
Apa-apa pun, belajarlah dari kesilapan. Buka kan satu harapan buat rakyat Malaysia yg kini mahu melihat maruah pasukan negara di persada antarabangsa selepas tercalar beberapa tahun ini. Kita dulu gah, di peringkat antarabangsa. Semua pemain bolasepak, sama sahaja, mereka juga ada 2 tangan, 2 kaki, tenaga, kepala, cume membezakan, sejauh mana kita pergunakan kesemuanya dengan baik dan cantik untuk mewujudkan sebuah permainan yang mantap. Roberto Carlos, tidak mempunyai fizikal yang mantap seperti pemain Eropah, namun, sepakannya menjadi takutan setiap penjaga gol. Jika ini mampu dijadikan pedoman, tidak mustahil, pemain Malaysia juga mampu menguasainya..
Teruskan usaha MALAYSIA!! MALAYSIA BOLEH!! GO! GO! GO !