Pada 18 March 2011 bersamaan hari Jumaat, secara rasminya aku memegang kunci kereta Produa Alza millikku yg setelah sekian lama menunggu sejak kenangan hitam melanda diri setahun lepas (2010) apabila duit downpayment sebanyak RM9K dilarikan salesman produa. Dah pergi menuntut keadilan di Tribunal Pengguna Malaysia (TTPM) untuk menuntut kembali hak ke atas PRODUA kerana kecuaian pengurusan produa memantau pekerjanya, namun seperti lumrah dunia, yg besar, yg kaya, yg berpengaruh akan menang di dunia, keadilan tidak memihak kepada ku. Lebih memeritkan hakim sekadar berkata ini kecuaian diri sendiri.. sedih dan pilu. tapi xpe, Allah akan menbalasnya di akhirat nanti.
Hari ni aku rs bersyukur sgt2 dan sujud syukur kerana dapat juga memiliki kereta tersebut.. Tiada apa yg aku nak ucapkan hanyalah Alhamdulillah…
Bagai terasa sebak dan terharu juga apabila buat pertama kali START kereta tersebut..hehe Gambar2nya seperti di bawah ini..hehe

