RSS

BOB vs KERJA

25 Jul

Hari jumaat, hari yang amat bob sukai. bukan sekadar ianya merupakan penghuklu segala hari (sayyidul ayyam), namun ia juga sebagai hari yang amat sibuk buat bob. mungkin, ramai orang yang bekerja, menganggap hari ini hari yang tenang dan rileks, namun hakikatnya, bekerja sebagai it support di sebuah universiti tempat bob bekerja, hari jumaat hari yang paling bob sibuk.

kenapa sibuk?? kerna pada hari ini la, selalunya phone extension bob sentiasa berdering bagaikan ada orang meminta tolong, hehe. pada hari ini juga kadang2 staff menggunakan masa ini untuk ubah tempat. kadang2 terfikir juga, kenapa diorg tak ubah sendiri je..rasa mcm jadi kuli pulak..hehe..xpe2 dah tangung jawab,nama pun ‘support’..hehe..

pada hari ini juga, bob perlu memikirkan kesemua peralatan ICT untuk kegunaan lecturer berada dalam keadaa baik.. nak diikutkan hati dan perasaan malas yang ada, nak je tidur, tapi bob tidak boleh tidur jikalau kerja tidak siap, begitulah keadaan bob.. BOB memang begitu.. sebab itu la, bob akan cube yang terbaik untuk selesaikan kesemua kerja harian pada hari yang sama, kadang2 balik lewat, letih?? letih memang letih, tapi ape boleh buat, bekerja sebagai it support perlu stamina yang tinggi disamping pengurusan kerja yang teratur, jika tidak, seandainya kerja bertangguh, maka akibatnya kerja berlambak2 dan seterusnya tidak berdaya melaksanakannya..

oleh kerana itu, bob perlu memastikan kesemua kerja dapat di selesaikan dengan segera supaya esok boleh memikirkan kerja yang baru.. boleh dikatakan sepanjang berada di position it support ni, setiap hari mesti ade keje, alhamdulillah, dengan pengalaman dan pengetahuan yang jitu dan mantap, bob dapat selesaikan masalah denagn baik, thank you Allah..

berkenaan penat?? mana ada kerja tak penat, semua kerja membuatkan kita penat. kita jalan pun penat jugak, makan pun penat, ada satu je tak penat, tidur.. tapi tidur banyak pun boleh penat, arghh.. ape2 pun semua la penat.. tapi bagi bob kepenatanboleh hilang dengan adanya motivasi. bagi bob, bob hilangkan penat dengan memberi penghargaan kepada diri sendiri, yelah nak harapkan org lain bagi penghargaan, mana boleh, itu hak mereka, nak bagi, kita terima tak nak bagi kita ikhlas dan redha saje, dan jangan lupa mungkin ada suatu hari nanti penghargaan untukdiri kita, sabar dan tawakkal..

31 julai 2009 dengan rasminya kontrak perkhidmatan bob bersama kompeni ni genap 2 tahun, dan tarikh ini juga merupakan tarikh tamat kontrak secara rasmi.. namun sehingga kini, tiada ape2 respon dari si mereka.. takpe, sabar itu separuh daripada iman, mungkin ini ada hikmahnya, bob pun tak mengharapkan sangat, bob yakin dan percaya Allah itu maha adil dan dia tahu akan tiap2 sesuatu.. Ape yang penting, ‘kerjasama’ eh tak lah,hehe  sabar dan ikhlaskan diri menunaikan setiap kerja yang diberi, sebab BOB kerja makan gaji.. siapalah bob….

-BOB-
25 JULAI 2009

 
Leave a comment

Posted by on July 25, 2009 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: