RSS

Memancing dan Orang Asli

31 Jul

Salam semua, hari ni bob nak citer cikit pengalaman. Bulan lepas, Bob ada pergi memancing di laut bersama kawan dengan menaiki bot. Kami menaiki bot dengan bantuan pak cik asri yang full time nye bekerja sebagai nelayan. Bob selalu juga menghabiskan masa dengan memancing. Kadang2 seorang, kadang berkumpulan bersama kaki2 pancing. Klau pergi seorang selalunya tak ke laut, tapi tepi tanjung atau sungai. Yang menarik nye bob suka memancing di laut dalam. Pergghh.. mula2 dulu ke laut, ade la jugak banyak kali kene mabuk laut. Dengan bantuan orang berpengalaman, ada petua untuk mengelakkan daripada mabuk laut.

Jika memancing dari tepi laut saiz ikan yang selalu dapat adalah kecil, dan selalunya dapat ikan gelama, kerapu, todak dan sembilang. Akan tetapi, jika memancing di tengah lautan, peluang untuk mendapatkan ikan bersaiz besar amat besar. Bob suka memancing di lautan dalam sebab nak memburu ikan pari2. Bob bertuah hari tu sebab dapat ikan pari seberat 12KG. Ketika memancing ikan pari tu, paling susah ialah untuk mendaratkan pari itu di atas bot. Ikan pari ikan paling susah nak dinaikkan. Hampir 1 jam setengah bob naikkan ikan apri tersebut dan batang joran membengkok hampir menjadi 60 darjah.

Kegembiraan dirasakan apabila pari tersebut dinaikkan. So, kami pun singgah di sebuah pulau yang mempunyai perkampungan orang asli. Di situ kami meminta izin dari tok batin untuk memanggang ikan2 yang telah kami tangkap. Yela takut jugak kalau mereka marah ke ape ke..Bob memanggang pari itu BBQ. Nak goreng tak cukup bahan lak..sekalipun tak sedap, tapi boleh la..ade rasa jugak..hehe.. selebihnya bawak balik umah suruh mak masak asam pedas.. perghhh.. fevret tuuu..🙂

Bob sempat bergambar dengan adik2 anak orang asli ini. Pertama kali mendekati kanak2 ni, rasa kekok jugak sebab diorang pandang kita pun macam nak makan orang..hehe so, bob memberanikan diri dengan memberi keropok dan kacang kepada mereka ni. berebut2 kanak2 ni dapatkan keropok2 tu dari bob. Bila makan bersama, mereka ni sebenarnya mesra dan peramah. cume mereka ni mungkin jarang bertemu orang luar dan hensem mcm bob ni,.,hehe.. pada mulanya mereka takut dan lari, dan tak dinafikan ada yang sampai memanjat pokok.Pelik tapi benar. Mereka faham bahasa Melayu, tapi tak faham sangat.. kene cakap dengan bahasa isyarat..

Itulah, warna warni kehidupan di Malaysia yang berbilang kaum..Dibawah ni ada gambar kenang2 kenangan dengan mereka..

-BOB-

Bergambar dengan kanak2 Asli

Bergambar dengan kanak2 Asli


Peace..Asli

Peace..Asli


Tengah makan keropok beramai2

Tengah makan keropok beramai2


Bekas Tapak Tempat Perkahwinan Orang Asli

Bekas Tapak Tempat Perkahwinan Orang Asli

 
Leave a comment

Posted by on July 31, 2009 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: