RSS

Day 2 in Germany: Apa nak buat ni? (Episode 2 )

24 Jun

The story begin.. ( Episode 2 )

Hari ini 24 June 2012, sy terkejut seawal pagi jam 2.15pg. Nasib baik ada application Android( Muslim Pro – sila download) yg mengejutkan sy utk menunaikan solat Subuh. Subuh di sini awal, manakala syuruk pula pada jam 5.17 pagi.. Jam 5.30pg Bandaraya Munich telah dipenuhi cahaya matahari yg menyinari pagi..

Good Morning Ostbahnhof Munich!

Tetiba terfikir, apa nak buat hari ni? sebab Meeting hanya start pada esok 25 June 2012.. Ermm..borink lak kalau duk bilik jer..baik sy keluar menjelajah bandaraya ni.. Ha btol jugak tu, jadi terus sy bersiap untuk jalan dgn tanpa halatuju sebenar..:D

Permulaan yg baik untuk menjelajah Bandaraya Munich pd hari ni yg bermula seawal jam 6.00 pg. Sy turun ke Lobby dan terkejut dengan sapaan pekerja Hotel di reception area. Nampak manis dan periang orgnya, Namanya Nocole. seorg gadis berumur 26 tahun.. Tak lokek dengan senyuman yg diberi, dan ramah pula bertanya kemana plan sy hari ni.. Ahhh, dlm hati sy ini lah peluang yg terbaik utk bertanya warga German sendiri kemana tempat yg mesti dilawati.. Dia memberikan sy MAP bandaraya Munich, dan hampir 30 minit berbual2 dengannya, apakah sejarah kehidupannya, Rupanya dia merupakan anak buah pemilik hotel ni, dia juga bertanya mengenai sy. Antara soalan yg sy terkejut, dia tanya sy How old are you? Sy pun ckp I’m 28.. dia terkejut sebab dia sangkakan sy berumur muda dari nya, haha nampak muda sy ni ekk..Selepas berbual dan ketawa, sy fikir bagusuntuk memulakan pergerakan. Tetapi, sy meminta izin untuk ambil gambar dia, tetapi pada mulanya dia segan dan malu2 ( sy ingatkan org putih ni x tahu malu, rupanya pemalu juga orgnya .. :D) Dan akhirnya ambil lah sy gambar dia dengan senyuman yg manis..hehe

Hi, my name is nicole..😀

Maka keluarlah kaki sy dari hotel seawal jam 6.30 pagi. Cuaca pada pagi ini amat dingin.. Menusuk ke tulang rasanya.. Sy yg berbekalkan Map di tangan berjalan dengan tanpa haluan.. Ikut saja kemana kaki ni nak pergi dan berhenti.. Sehinggalah sy melawat sebuah tempat yg seperti Taman.. ya ia merupakan sebuah taman yg popular di Bandaraya Munich. Namanya Hofbrau-keller.. Tempat ini terkenal dengan sejarahnya yg merupakan pembekal turbin elektrik tertua didunia pernah di cipta. Info ini sy tidak peroleh melainkan dari seorg yg sy kenali sewaktu berada di kawasan ini. Nama dia Michele, seorg Jurutera dan kini membuka satu syarikat sendiri. dia ada disini untuk menyedut udara segar pagi.. berpakaian kemas dan dia sudah retired.. Umutrnya sudah 69 tahun tetapi badannya gagah perkasa dan nmpak muda.. bila ditanya, apa rahsia, dia kata seawal pagi dia ke taman ni dan menyedut udara segar..

Wahh, bangga tunjuk Map negara sendiri..

Bertemu Michele, nampak serius org nya, bila dh berbual mesra dan penuh info org nya..😀

Michele tidak lokek ilmu dengan memberikan maklumat tentang bandaraya Munich. Dia seolah berasa bangga ada pelancong berkunjung ke negaranya dan tak segan2 untuk membantu sy ke mana nk tuju.. dia offer sy nk tuju ke mana, tp sy mengelak atas dasar keselamatan ( sebab x kenal jgn main2 ikut jer).. Dia berbual dengan sy sambil berjalan dan menceritakan cerita history bandaraya Munich. Dia juga menyuruh sy berhati2 kepada setengah puak NAZI( remaja yg nakal yg tidak suka org asing). Baginya remaja itu telah sesat dan lari dari fahaman sebenar. Sebelum beredar, kami bergambar dan sambil dia memegang MAP sebagai bukti dia telah menolong sy melalui MAP itu.. Ni yg sy ubah fikiran tentang org Eropah ni, mereka suka kepada ilmu/maklumat sampai mereka boleh menceritakan hal negara mereka dengan details dan sy pula segan dan dalam hati berkata bila la mamat ni nk habis cerita tentang negara dia..😀

Sy meneruskan penjelajahan sy ke Maximillianeum. Sebuah bgnn parlimen lama sejak permerintahan Hitler..sempat bergambar juga di kawasan seperti Max II Denkmall dan National Theatre.Selain itusempat juga bergambar di Preysing Palais dan Feldherrn-halle. Dikawasan ini byk bgnn sejarah dan disinilah terdapatnya Outlet barangan branded yg termahal didunia seperti Gucci, Boss, Timberland, Chanel, dan lain2.. sebuah tempat yg menarik untuk dilawati. Tapi malangnya kedai2 di Munich kebanyakannya tutup pada hari Ahad kerana mereka mengutamakan hari ini utk bersama keluarga.

Maximillineum.. Hitler dulu kat sini la..

Max II Denkmall

Penat berjalan hampir 3 km, sy terfikir untuk melawat tempat lain dengan menaiki Train. Terus shj sy menuju ke Odeonsplatz station yg tidak berapa jauh dr tmpt sy dan menuju ke station Frottmaning untuk melawat Stadium Alliant Arena yg merupakan stadium rasmi bagi pasukan bolasepak gergasi dunia Bayern Munich.. sempat bergambar di area kawasan ni, dan agak sepi juga kerana sy berada di situ seawal 9 pg. sedangkan Stadium ni open tu public jam 10 pagi.. takpelah hari lain la jumpa Frank Riberry..hehe

Alhamdulillah, hajat termakbul.. dapan bergambar depan Arena..hehe

Stadium Arena, tempat pasukan bolasepak gergasi Bayern Munich nye stadium

Selepas itu sy menuju ke Freimann.. saje melawat2 kabarnya disini byk org Islam menetap disini.. Ya mmg benar, ramai org timur tengah seperti Arab dan negara Islam lain menetap di apartment ini.. Sesudah itu, sy tukar train dan menuju ke Olympia-Zentrum dimana terdapat stadium olympic dan BMW headquarters.. cantik pemandangan disini terutamanya gabungan rumput berwarna hijau karpet dan cahaya cerah matahari.. Kemudia perut sudah lapar, singgah sebentar di sebuah kedai makan Islam HALAL yg terletak di Hauptbahnhof Central Station.. Kehidupan di sini tidak la begitu sukar jika kita pandai bagaimana hendak mendapatkan info.. sesuai dengan pepatah Melayu lama Kalau malu bertanya sesat jalan..😀

Doner Kebab.. leh kenyang ke, alamak bedal je la, dr xde lgsg, janji halal

Antara restoran halal Muslim.. terletak di Hauptbahnhof.

di Maximilians-anlagen

di hadapan National Theatre


kaki dah penat berjalan.. nak rehat jap.. hehe
Happy reading and seeing..:D

BOB
24 June 2012 4.30 p.m

 
Leave a comment

Posted by on June 24, 2012 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: