RSS

Day 3 in Germany: Hari pertama Meeting (Episode 3 )

26 Jun

Hari ini maka bermulalah 6th International IT Meeting bagi Rohde & Schwarz GMBH. Akan tetapi, demam melanda diri di dampingi selsema.. Mungkin ini kesan perubahan cuaca sejuk. Bagi mengelakkan keadaan semakin buruk, sy mencari2 kedai farmasi.. Alhamdulillah, setelah survey terdapat kedai farmasi tidak berapa jauh dari hotel. Masalah komunikasi antara peniaga dan pelanggan, menyukarkan sy untuk mendapatkan ubat tersebut. Mereka tidak faham bahasa English. Kebanyakan mereka disini masih berbahasa German. Namun, sy menyebut isyarat dan berlakon seperti org demam dan selsema, barulah mereka faham apa yg saya nak. Sy membeli ubat demam dan selsema pada harga 8 Euro.

Ubat demam dan selsema.. tapi tulis dalam German, x faham.😀

Perjalanan di teruskan ke ofis yg terletak tidak berapa jauh dari hotel. Sy berjalan melalui terowong bawah tanah yg disediakan untuk ke mana2 destinasi(patutlah tengok kat darat x byk sgt org berjalan mcm kat KL, rupanya mereka lalu underground ).. terowong ini menggabungkan ke stesen Subway yg lain. kebanyakan terowong bagi pejalan kaki terletak di bawah tanah,dan apa yg pasti ianya selamat dan di kawal rapi oleh pengawal keselamatan dan CCTV.

Hujan turun sepoi2 bahasa pada hari pertama meeting.. Lebih memeritkan keadaan sejuk di tambah dengan hujan renyai2 membuatkan badan sy menggigil.. Terutamanya apabila angin bertiup.. Perghhh menusuk ke tulang.. Jarang diri sy bibir smpai menggigil dan gigi berlaga2 kerana sejuk, tp ianya berlaku dlm hidup sy di sini..Cuba bygkan jikalau waktu Winter, bagaimana la agaknya..

Setelah 10 minit berjalan kaki, maka sampai lah sy di Rohde & Schwarz HQ. Agak besar juga ofisnya dan byk blok bgnn, Sepanjang perjalanan, sy sempat berkenalan dengan Melissa, yg bekerja di Rohde & Schwarz tetapi bahagian Sales. Sy cuba mendapatkan gambarnya namun dia tersenyum dan cuma mengelak kerana dia pemalu.. maka x dpt la sy attach gambarnya di sini..

Sekitar ofis yg basah sebab hujan

Pintu masuk utama ke bangunan

Seperti biasa meeting berjalan dengan lancar mengikut jadual. Sempat juga sy bergambar dgn wakil lain.. ( hari ni nak bergambar dgn diorg lagi). Sy mengakhiri meeting sy hari ini dengan menikmati keindahan petang yg sangat cerah dan terang. Sy suka melihat langit Munich yg cantik. Bila dah tertarik, sy ambil gambar untuk dibuat kenangan.. Sy sampai di hotel kira2 jam 7 ptg.

Gambar langit Munich yg cerah dan terang tapi sejuk.. bersih je udara di sini.

bergambar dgn Jeremy ( Singapore ) dan Vikram ( India)

 
Leave a comment

Posted by on June 26, 2012 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: