RSS

Singapore.. kota Singa

16 Jan

Alhamdulillah, hari ini dapat juga singgah dan solat berjamaah di Masjid Sultan yang terletak di Bugis Street, Singapore. Ramai juga orang Islam di sini yang berjemaah. Kebanyakannya berbangsa Melayu dan ada juga sedikit sebanyak dari bangsa Cina dan India. Sepanjang berada di Singapore, perkara yang agak sukar bagi saya ialah kurangnya tempat solat seperti surau di mana2 shopping mall. Sukar untuk mengetahui kedudukan surau di sini. Apatah lagi, tidak kedengaran suara azan di laungkan di sini seperti mana di Malaysia yang jelas bunyi nya.

IMG_1502

Selain itu kesukaran bagi saya apabila kemudahan tandas awamnya tidak disediakan air. Biasanya mereka meletakkan tisu sahaja. Namun, untuk tandas OKU sahaja mempunyai air. Selain itu, kesusahan bg saya apabila berada di sini ( bandar) ialah sukarnya mendapatkan makanan halal bg muslim. jika ada pun mungkin 1 – 2 tmpt dalam satu2 kwsn.

image.img DSC01575a
Namun apa yg saya suka lihat disini ialah, Negaranya seperti berada di sebuah taman yang serba hijau. cuacanya tidak sepanas di KL, mungkin mereka banyak tanaman di sekitar jln raya membuatkan suhu menjadi tidak sehangat di KL. Saya juga amat tertarik dengan kebersihan di sini, terutamanya di jalan raya, dan toilet mereka. Memang bersih. Tidak dinafikan. Jalan raya di sini juga tidak jam. orang disi lebih banyak menggunakan kemudahan MRT – keretaapi bwh tanah (subway) yg amat memudahkan pengguna ke sesuatu kwsn.

logo singapore
Jika diperhatikan kepada JATA negara Singapore, tertulis “MAJULAH SINGAPURA” dalam bahasa Melayu. Terasa bangga pula ada bahasa Melayu dalam JATA negara Singapore. Walaupun sepanjang perjalanan saya ke sini majoriti yang saya lihat ialah berbangsa Cina, hampir 80% keseluruhannya saya tidak nampak berbangsa Melayu. Apakah Melayu di sana sudah tiada?? Atau Melayu di Singapura hanya dalam kenangan lampau? Jika ada pun, mungkin 2 – 3 org yg sy serempak, itu pun pada hemat saya tidak seperti berbangsa melayu asli, kebanyakan mereka bertutur dalam bahasa Inggeris sesama mereka. Saya pernah menyapa orang Melayu di sana, saya bertanya bahasa Melayu, dijawabnya English.. WAJARKAH? Apatah lagi cara pemakaian mereka seperti hilang identity.Sukar juga melihat gadis Melayu yg bertudung di sana.. Ermm.. itu lah yg saya dpt lihat di sana. Jangan marah jika terasa. Penulis berhak menyuarakan pendapat peribadi. Namun tidak semua bangsa Melayu di sini begini ya..😀

Semoga bangsa ku di sana dapat mengekalkan budaya Melayu yg luhur di saluti pendidikan agama yg syumul. Kembalikan kegemilangan Jln AMPAS suatu ketika dahulu. Jangan biarkan ia hilang dek hiburan yang tidak bagus untuk generasi mendatang. Ini kerana Singapura juga banyak tempat2 hiburan seperti PUB, CASINO, dan lain2 tempat hiburan yang MUNGKIN boleh mempengaruhi akhlak generasi muda yg cetek didikan agama. MAJULAH SINGAPURA!

Singapore-flag
image.img (1)
Overall : Singapore negara yg cantik, dengan keunikan bangunannya, kebersihannya dan kedamaiannya. Namun, agak sukar sedikit bagi pelancong beragama Islam utk menunaikan kewajipan mereka seperti solat khasnya.

 
Leave a comment

Posted by on January 16, 2013 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: