RSS

Tragedi Lahad Datu

24 Mar

Bersiap sedia hadapi musuh!

Bersiap sedia hadapi musuh!

Assalamualaikum w.b.t

Sy terpanggil untuk menulis di blog sy berkaitan isu panas berkaitan Tragedi Lahat Datu, Sabah. Baru-baru ini negara kita telah digemparkan dgn satu pencerobohan di negeri Sabah oleh sekumpulan manusia yang mendakwa diri mereka sebagai pengikut Sultan Sulu. Kedatangan mereka ke Sabah adalah untuk berjuang untuk mendapatkan Sabah dimana mereka mendakwa Sabah adalah milik Kesultanan Sulu.

Mereka mendarat di Sabah dengan membawa senjata seolah2 mahu berperang dan kerajaan Malaysia. Malaysia mengambil langkah rundingan kerana mungkin Malaysia tidak mahu pertumpahan darah berlaku dan dpt menyelesaikan isu ini dgn penuh diplomatik. Lagipun rata-rata kumpulan ini mendakwa mereka menganut agama Islam, dan itulah persoalannya, di manakah mereka meletakan ajaran agama itu di dalam jiwa mereka? Sy tidak pasti samaada mereka benar2 beragama Islam, atau ISLAM hanya sekadar nama sahaja tanpa mengamalkannya. Jika ia meletakkan Agama di tahap yg tinggi di dalam sanubari jiwa mereka, tentu sahaja mereka tidak akan memilih jalan untuk berperang dgn Malaysia yang juga dikenali sebagai sebuah negara ISLAM dan meletakkan ISLAM sebagai agama rasmi negara.

Bagi saya terdapat banyak persoalan yang timbul daripada isu ini. Antaranya :-

1. Kemasukan ke negara kita
– Bagaimana mereka begitu mudah masuk ke negara kita?

2. Kelengkapan senjata
– Kebanyakan rakyat Sultan Sulu ini miskin, bagaimana mereka
boleh mendapatkan senjata yang boleh dikatakan mahal
kosnya?

3. Siapa Sultan Sulu sebenar?
– Setakat ini ada 4 orang mendakwa diri nya sebagai Sultan Sulu.
Yang mana satu sbnrnya Sultan Sulu?

4. Taktik Peperangan mereka yang Kurang Ajar
– Kumpulan penceroboh menggunakan taktik perang paling teruk
kerana menyalahgunakan penggunaan BENDERA PUTIH. BENDERA PUTIH
merupakan standard peperangan yang bermakna mahu
berunding atau menyerah diri. Namun kumpulan ini telah
menyalahgunakan nya dan menyebabkan 2 orang anggota komando
kita terkorban.

5. ADAKAH KUMPULAN INI DI TAJA OLEH SESEORANG ATAU DARI MANA2 NEGARA ATAU MANA2 KUMPULAN MILITAN?

Haaaa.. ini yang menjadi ISU yang besar skrg ini. Bak kata pepatah tiada angin masakan boleh pokok bergoyang. Seandainya ianya di taja oleh individu atau kumpulan atau mana2 negara, maka Kerajaan kita harus waspada dan perlu bersedia bahawasanya ada pihak yang sangat dengki dengan kemajuan dan keamanan negara kita yang di cintai ini. Memang benar, Malaysia merupakan negara ISLAM yang sangat selamat jika nak dibandingkan dengan negara2 di ASIA yang lain. Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai kestabilan politik yang baik, dan ianya sangat di cemburui oleh orang luar.

Bagi saya, seandainya tragedi ini di dalangi oleh individu / pihak yang merupakan rakyat Malaysia, maka bg sy dia adalah pengkhianat negara. Dia perlu dihukum dengan setimpal kerana telah menyebabkan negara kita diserang dan menyebabkan seramai 10 anggota keselamatan kita terkorban. Sy bersimpati kepada keluarga anggota keselamatan yang mempunyai anak yang masih kecil dan masih bersekolah. AL-FATIHAH buat mereka yang terkorban.

Namun, tragedi ini ada hikmahnya. Antaranya, rakyat Malaysia kini telah membuka mata dan telinga dan mengakui anggota keselamatan kita baik PDRM atau ATM mereka merupakan tunjang rakyat Malaysia yang merupakan barisan hadapan untuk memastikan rakyat Malaysia hidup aman dan damai, sehingga kita boleh tidur lena di atas tilam yang empuk dan mengecapi kekayaan di negara sendiri tanpa gangguan oleh sesiapa. ( Cuma yang malas je tak akan maju sampai bila).

Syabas buat Anggota keselamatan negara MALAYSIA yang tidak kenal erti penat dan letih berjuang bagi memastikan negara MALAYSIA yang kita sangat cintai ini tidak di nodai oleh sesiapa pun walaupun seinci. SEMOGA KEAMANAN INI KEKAL DAN AKAN DINIKMATI OLEH GENERASI MENDATANG KITA NANTI.

TAHNIAH PDRM, ATM dan semua yang terlibat dalam OPS GEMPUR LAHAT DATU, SABAH.

Coretan idea dari meja penulis yang serba kekurangan,

BOB
Ahad, 24 March 2013.
1.30 p.m

 
Leave a comment

Posted by on March 24, 2013 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: