RSS

Selamat Tahun Baru 2014

03 Jan

Selamat Tahun Baru 2014

Selamat Tahun Baru 2014


Salam,

Rasanya masih belum terlambat untuk sy mengucapkan Selamat Tahun baru 2014 buat rakan2, sahabat2, dan teman2 sekalian. Status saya dikala menulis coretan ini seperti biasa masih membujang dan teruna lagi hehe

Tahun 2013 telah berlalu. Pelbagai kenangan suka, duka, pahit dan manis semuanya ada di tahun ini. Apa yang penting, segala kenangan pahit dijadikan iktibar dan tauladan, manakala kenangan manis pula disimpan agar menjadi perangsang buat hari2 akan datang.

Tahun 2014 telah muncul. Kehidupan diteruskan lagi sebagai khalifah bumi. Peranan dan tanggungjawab dititikberatkan dan mendisiplinkan diri dalam apa jua kita lakukan. Ingat, berfikir dahulu sebelum melakukan apa sahaja perbuatan, perkataan mahupun tindakan. Sesungguhnya, beruntunglah bagi mereka yang suka berfikir.

Azam??? seperti biasa, azam perlu dikemaskini, di tambah nilai dan dijadikan suatu perkara yang perlu dikenalpasti pada awal tahun. Diharap, Azam bukan sehaja dapat membantu mengubah mentaliti, namun apa yang penting, pencapaian dan kemajuan yang digarab, serta kecemerlangan dgn kualiti hidup yang memberansangkan.

Akhir kata, diharap Tahun 2014 dapat menjadikan saya lebih kuat bekerja di samping mengimbangi keperluan hidup di dunia dan di akhirat. Semoga keberlangsungan kehidupan pada hari mendatang akan mendapat keberkatan dari tuhan semesta alam ALLAH SWT.

Saya minta ampun dan maaf sekiranya di tahun 2013 ada coretan dan kata2 yang mengguris jiwa, hati dan perasaan kalian. Yang baik hanya dari Allah, dan yang jahat berpunca dari kesilapan dan kelemahan saya sendiri sebagai insan kerdil yang sentiasa bergantung harap kepada Allah.

Ilaliqaq, wassalam.. ^_^
Sahrizal
3 Jan 2014
10.30 mlm.

 
Leave a comment

Posted by on January 3, 2014 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: