RSS

3 series kah aku??

05 Jan

Assalamualaikum,

5hb Jan 1984, jam 4.30 a.m, bertempat di Hospital Lama Klang, maka lahirlah seorang insan baru ke dunia.
5hb Jan 2014, jam 4.30 a.m, maka genap lah sudah 3 dekad insan ini hidup di dunia ini. 3 series???!

Ooouhhh.. 3 series kah aku??. Hurrmm..Hari ini merupakan hari pertama diriku hidup di alam 3 series. haha nama gempak.. mcm kereta BMW..Dulunya 2 series, kini 3 series.. UPGRADE sudah.. Biasanya jika kereta BMW, lebih banyak series maka lebih canggih kereta itu.. Mungkin dalam kehidupan manusia juga begitu.. Harap 3 series ni kehidupan bertambah2 baik hendaknya.. Aminnnn.. ^_^

Sempena Ulangtahun kelahiran ku pada hari ini, ku mahu panjatkan kesyukuran kepada Allah, kerana diberi kesempatan lagi menghirup udara milik Allah ini. Dialah yang telah mengizinkan diriku untuk kekal hidup sehingga kini. Tidak lupa juga kpd kedua ibu bapa ku, yang telah melahirkan diriku, serta menjaga serta mendidik ku dengan memberi pendidikan yang syumul sejak dari kecil. Thank you Mak, Abah.. kaulah pelita hidupku sepanjang hidupku.. Tanpa mu tanpa lah aku sehingga kini..Love u so much!!

Sempena ulangtahun kelahiran ku pada tahun ini, aku bersyukur kerana pada hari ini, penuh nikmat makanan. Asyik makan jer dari pagi sampai lah jam 11 mlm. Alhamdulillah.. Satu kejutan pada tahun ini juga, ada sebuah kek, WOWW!! lama sudah tak menyambut ulangtahun kelahiran dengan sebuah kek.. Syokknyaaaa..🙂

Kek 3 series ku. hehe

Kek 3 series ku. hehe

Meh aku citer serba sedikit apa yang berlaku pada hari ini.. Aku dapat kek.. Tengahari pula ke Restoran Ayam Penyet Lele Lela di seksyen 13 Shah Alam Selangor.. Dapat makan FREE wooo, restoran belanja.. so dapatlah aku makan Nasi Ayam Penyet kegemaran aku itu secara Percuma,.. Belum lagi perut terasa kelaparan, adik aku pula mahu belanja makanan Western di sebelah malam.. WAHHHHH.. ini sudah asyikkk.. So pergilah aku bersama family ke Restoran Western kegemaran aku di Polperro Steak House, di seksyen 7, Shah Alam. Order ape?? Apa lagi, LAMB lahhh.. fevret aku tu weiii.. so aku order Lamb Supreme.. memang lazat, enak, sedap cuma tak berkrimm.. hehe Thank you adik ku.. Love u so much..

Ayam Penyet Lele Lela.. Dapat FREE woooo!!

Ayam Penyet Lele Lela.. Dapat FREE woooo!!

Ini pula LAMB SUPREME... Perghhh terbaekk!!

Ini pula LAMB SUPREME… Perghhh terbaekk!!

Ha, itu citer pasal makan.. so apa pula HARAPAN sempena ulangtahun ku hari ini?? Nak tahu?? Ok.. simple je..
Aku cuma mahukan kehidupan ku bertambah2 baik, seiring dengan kehendak seruan ilahi.. Moga diriku 3 series ini akan menjadikan aku seorang yang lebih berdaya saing, beretika, professional, serta matang dalam apa jua tindakan yang aku lakukan nanti.. dan yang paling penting, Hati sentiasa mahu hensem sihh.. Bila hati bersih, suci, maka secara automatik, perlakuan , perkataan, perbuatan dan tindakan kita juga akan baik.. Mudah2-an Allah sentiasa memberiku petunjuk dan memandang ku walau dalam apa jua keadaan..Moga hatiku ini sentiasa bersih.. hehehe

Happy Family!!

Happy Family!!

Anyway, Terima kasih diucapkan kepada rakan2 dan sahabat2 handai, yang WISH / memberi ucapan Ulangtahun kelahiran baik secara lisan, sms, mms, email, mahupun melalui media sosial seperti Facebook, Whatsup, We Chat, TERIMA KASIH BANYAK2.. Very Very Very appreciate your wishes.. Semoga doa yang baik2 dari kalian itu dimakbulkan Allah..Aminnn..🙂

Ok la, dikala menulis coretan ni, perut dah penuh dengan LAMB SUPREME.. masih lagi berguling2 LAMB tu dlm perut.. Mata pula dah mula mengantuk, sure lepas post entri ni, mesti akan belayar entah ke mana.. hehe

Ok la guys.. saya mahu tidur ya..Maka bermulalah penghidupan di alam 3 series.. Ayuhhhhh BOB!! kita nikmati kehidupan ni, kita tempuhi segala perkara2 mendatang dengan lebih semangat, kuat dan tidak berputus ASA.. Yearghhhhh!!! ( Jeritan semangat!! ) 😀

BOB
5 Jan 2014
11.59 p.m

 
Leave a comment

Posted by on January 5, 2014 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: